Kali ini cerita tentang mengenal sejarah dan budaya masyarakat korea. Ada 1 subjek yang kami kena pelajari tentang sosiologi korea. So kami pun mempelajari la tentang budaya diorang. Jauh beza sosiologi korea dengan malaysia. Meh sini aku cerita serba sedikit. Deme ni memang hormat orang yang lebih tua daripada kita. katakanlah umur kita 20. dan ada sorang lagi umur 21. nak xnak kita kena panggil dia abang atau akak. So dalam hal ini, aku menipu umur aku supaya kita boleh nampak hormat deme tu. memang betul hormat betul. kita balik jadi segan. So. untuk permulaan mengenal budaya deme ni. Aku dan kawan2 aku yang plan untuk membuat satu jamuan kecil dengan patrner masing2. So kami masak. dan deme pun masak cara deme asalkan jangan ada babi
malas sebenarnya nak tunjuk kepakaran
jamuan kecil2 sahaja
Lepas makan, kami pun bergegas berjalan ke satu muzium yang berdekatan dengan tempat hostel kami ni. So dah biasa berjalan kita berjalan dan lagi satu budaya deme memang suka berjalan. itu fasal deme sihat.
biasalah, sebelum masuk muzium ni wajib snap gambar
permainan tradisional deme ni
lebih kurang macam main dadu la
tapi dadu deme kayu 4 batang tu ha
nama benda ni entah ape entah aku lupa
setiap sorang diperuntukan 3 batang anak panah
dan di lontarkan masuk ke dalam bekas yang disediakan
mengikut kepercayaan deme, kalo 3 batang anak panah tu
kita baling masuk ke bekas tu memang ada tuah kita berkahwin
dengan seseorang yang kita inginkan
(buat boleh percaya jangan)
kebetulan pulak musim perayaan deme Chuwsok day
muzium di dalam nya menceritakan tentang maharaja2 deme la
tapi sekarang deme dah hapuskan maharaja wujudnya presiden
raja2 xde kat korea ye
Selesai cerita di muzium
Keesokan harinya kami pergi ke tempat yang ada makanan halal tapi mahal. Islamik Center. Kami selalu beli ayam dan makanan2 yang lain disini dan solat jumaat pun disini. Tapi perjalanan dia menggunakan train deme 1jam. tapi kami pergi sebulan 2x. sebab jadual kelas yang padat itu pun dapat keluar atas ehsan pensyarah kami. waktu disana masuk 12.30 kelas habis 12 so perjalan sejam sampai sane jam1. ada kalanya kami sempat solat dan adakalanya sampai2 dah habis solat.
Suasana dalam masjid
bila kita sampai sini kita akan jumpa saudara baru kita korea masuk islam
(rindu pulak kat masjid ni)
makanan yang sedap sangat2 dan halal dan mahal
dah habis. go back home
Depan kampus kami ada satu restauran pizza. tiap kali habis kelas kami akan kesini. rm15 je duit ke. pizza cheeseeeee..nyam3...
telan air liur aku. dan di korea wifi ada dimana2
bismillah dulu
Hujung minggu program international student. kami di bawak oleh pihak U untuk mempelajari budaya Korea dengan sedalam2 nya. Hari tu aku dah belajar dengan partner sosio aku.So yang ni real punya. Semua international student terlibat. dan sekali lagi mahu cakap pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
sebelum jalan kena kenalkan diri dahulu
ayat aku yang masih aku ingat
(hello every one, my name is azrul..and i know its hard for u call me..so my simple name is Jerry..
so why not i want to tell u something.. i love my foreigner friends)
tak pasal2 kena sorak. adehhh...
sudah sampai tempat yang ingin ditujui
miss hou. sekali tengok muka macam pelakon tapi tak
cerita aku dengan dia ni time aku kena alegik aku minta tolong dia kat mana klinik berdekatan
dan dia bawak aku naik kereta dia, 1st time naik kereta korea duduk di sebelah kanan, kalau malaysia kanan is driver. dalam kereta sempat aku berbual dengan dia. kalau tengok muka dia ni umur macam lingkungan 27 something la..tapi x..umur dia 32 dan tak kahwin lagi.
alasan dia tak kahwin dia tunggu lelaki yang setia.
(untungnya dapat perempuan setia ni)
kawan2 international aku
(vietnam, thailand, Turkey, Uzbek, France, German. banyak eh)
merasa jugak pakaian tradisional deme ni.
aku dok tengah2 tu sebab ajuma yang incas bende ni dia cakap
sarung kepala aku pakai tu adalah maharaja
yang macam topi tu pembesar.
hahaha..so..aku adalah MAHARAJA
So. sampai disini dulu cerita aku. nanti akan aku cerita lagi, sekarang mau tadarus dulu. bukan nak cakap aku ni baik ke jahat. cuma ini adalah diri aku sendiri. mencuba dan terus mencuba. bila lagi nak cuba. aku target aku khatam sebelum malam 27.