Wednesday, June 17, 2015

Malam Ramadhan

Andainya Ini Ramadhan Terakhir Buatku,
Kupohon kepada Ilahi agar segala
kemanisan, kelazatan dan keindahannya
dapat ku kecapi dengan wajah yang berseri-seri lagi penuh erti.

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir,
Inginku penuhi siangnya dengan amalan yang membersih hati
Kerana siang dahulunya aku dipenuhi dengan pekara yang lagha di hati
Inginku hiasi malamnya  dengan amalan yang menjernihkan sanubari
Kerana malam dahulunya aku dipenuhi dengan pekara yang memaksiatkan diri

Andai inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Biarkanlah air mata ini benar-benar mengalir penuh kehangatan lantaran keinsafan
atas segala dosa-dosa ku, kekhilafan dan kesilapan yang lalu
seperti pasir dipantai

Andainya inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Muliakan hati aku dengan bacaan Kalam-Mu
Dengan penuh penghayatan hingga ke penghabisan khatamnya
Terimalah solat demi solat yang ku lakukan
sehingga wujudnya rasa cinta dan kasih sayang

Andainya inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Mantapkan iman aku untuk melupakan segala kedukaan
teguhkan kekekuatan aku untuk memaju kehadapan

Andainya inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Pulihkanlah kebahagiaan aku
Pulihkanlah semangat aku
daripada perubahan kegelapan dunia
daripada kejujuran lautan yang menghempas pantainya

Andainya inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
pulihkanlah pandangan sinar mata aku
daripada tertutupnya sinaran duniawi

Andainya inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Indahkanlah malam demi malam aku
Demi sujud perindu kepada Mu 

Andainya inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Aku memohon kekuatan, rahmat, inayah dan taufiq
daripada Allah SWT agar Ramadhan ini adalah yang terbaik buatku.

Andainya inilah Ramadhan yang terakhir buatku......





No comments:

Post a Comment