Thursday, June 18, 2015

Mimpi Itu

Dalam suasana kesibukan persiapan, aku melihat adik beradik aku berpakaian cantik dan sedondon, begitu juga mak dan ayah aku, sama cantik dan sama padan. pakaian yang dikenakan berwarna pink dan tudung berwarna biru. Cantik sangat termasuk anak buah aku begitu juga baik yang laki atau perempuan. Begitu juga aku, baju melayu berwarna pink muda dan bersongkek. Tiba-tiba suara mak kedengaran "cepat dik jam berapa nak sampainya".. dan aku bergegas masuk ke dalam kereta alza milik akak aku.

pakaian seakan seperti ini dikenakan oleh mereka


Lalu aku pun masuk ke dalam kereta tersebut dan melihat dalam kereta itu terdapat barang hantaran yang sangat cantik hiasannya dan dilapik dengan kain yang berwarna coklat "cream". Apabila aku melihat barang hantaran itu, persoalan yang bermain difikiran aku, "pada siapakah aku nak hantar hantaran ni?" dan wujud suara ghaib yang mengatakan "APABILA KAU DAH BANGUN SEMULA NANTI JANGAN LUPA AKAN ORANG BAWAH KAU", Lalu aku terjaga dari mimpi itu, sejenak aku berbicara dengan hati "tak kan bulan puasa ada syaitan jugak kot?", "hantaran siapa tu, tak akan hantaran aku pulak?", "tapi kenapa adik beradik aku berpakaian sedondon?", "kenapa aku berpakaian seperti orang nak bernikah je?", "dan siapa pulak suara tu?", "kalau aku dah bangkit bangun, dan siapa pulak orang bawah aku?". Selepas terjaga dari mimpu itu, aku bangun untuk menunaikan solat sunat. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan aku

berbaju melayu warna pink seakan seperti ini
(mungkin kecewa dahulu bahagia sebenar-benar bahagia kemudian)

No comments:

Post a Comment