Aku tertarik dengan ayat sekali seumur hidup. so. malam ni moh kite lakukan solat sunat tasbih. Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Terpulang pada individu nak buat bapa rakaat sama ada 2 rakaat dengan 2 salam atau 4 rakaat 1 salam sahaja.
Bagi aku solat sunat tasbih ni memang lama bila dilakukan. Setiap 1 rakaat terdapat 75 kali tasbih. 4 rakaat 300 tasbih. Kenapa ada tasbih? dah nama solat sunat tasbih mesti ada tasbih. masa bila nak tasbihnya? masa lepas kita buat pekara yang wajib dulu dalam solat. contoh waktu kita qiam. lepas baca alfatehah kita baca siroh yang terpulang pada kita sendiri (xde ditetapkan siroh mana yang wajib) lepas tu baru lah baca tasbih ni
" سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله "
Lafaz niat solat sunat tasbih
"sahaja aku solat sunat tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala"
"sahaja aku solat sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah Taala"
Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
- Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
- Lepas bacaan rukuk 10 kali tasbih
- Lepas bacaan Iktidal 10 kali tasbih
- Lepas bacaan sujud pertama 10 kali tasbih
- Lepas bacaan duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
- Lepas bacaan sujud kedua – 10 kali tasbih
- Sebelum qiam kita kena duduk diantara 2 sujud sebentar dengan bacaan 10 kali tasbih
- so. completed 1 rakaat (15+10+10+10+10+10+10= 75 kali tasbih
- Untuk 2 rakaat 75X2=150 kali tasbih
- Untuk 4 rakaat 75X4= 300 kali tasbih
- Harus diingatkan juga lepas takhyat akhir sebelum bagi salam 10 kali tasbih
- Jika terlupa bacaan tasbih dimana 2 tempat yang kita lupa, boleh digantikan dengan bacaan tempat yang lain
- Contoh- sewaktu rukuk kita baca tasbih hanya 9 sahaja, boleh digantikan pada sujud yang pertama bersamaan dengan 11 kali tasbih, sebab kita tertinggal 1 tasbih pada bacaan tasbih rukuk kita.
Selepas itu, selesai dan doa lah dalam bahasa kita sendiri. Kelebihan solat sunat asbih ni Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan. Mudah2an Allah mengampunkan dosa kita. Kita ni dah la jahat. Baik pun xde. Nak yang baik je sedangkan diri kita pun jahat. Untuk malam 27 ni. Aku nekad untuk membaca suroh yasin 3malam berturut2. malam 27, malam 28 dan malam 29. Mudah2an, Allah mendengar rintihan aku ni, permohonan aku dan sebagainya. mudah2an lepas raya nanti ada khabar terbaik buat aku. Wawahualam----------------->>>
Mungkin masa tu bukan sampai penghujungnya
tapi untuk menimba pengalamannya



No comments:
Post a Comment