Tuesday, August 18, 2015

Try To Became Hero 2

Kali ni, aku rasa minggu hero untuk aku la kot..hahaha. kebetulan beast rovers ade buat kem pengenalan untuk pelantikan kelana baru. so aku join la, mencari appolet merah entah kemana yang ada hanya biru, so aku pakai la biru. pastu siap iron baju and sluar aku sarung la pakai..perghh..baju xmuat dah nampak fit dah..perghh..seremm ni..seluar alhamdullilah...aku ge kem deme tu malam sabtu, sebab aku nak tengok malam kebudayaan deme dan join vigil sekali.

so..malam tu aku pergi naik moto sarung jaket adidas kesayangan aku dan terus ge isi minyak motor jab. aku perasan orang pandang pelik kat aku, mungkin penampilan aku. dan kebetulan ada cermin di hadapan aku sempat la tengok penampilan aku, berseluar slack biru gelab berkasut kulit dan baju bersarungkan adidas di dalamnya unitform pengakap. sekali aku pandang membuatkan aku teringat kat pojie time aku seminggu kat penang. pojie bertugas seperti penampilan aku pakai sekarang, mungkin deme anggap aku pegawai polis kot, peduli lah..janji aku join pengakap ini malam..hahah sampai di tapak kem..perghh.,.ramai orang hanya aku kenal orang yang aku kenal sahaja. so lepas makan malam ape semua duk bersembang, aku pergi lah dewan sana tengok malam kebudayaan deme, dan ade 2 orang ahli oscar rovers dan aku bincang dengan dia kemana haluan oscar?xsangka deme sependapat dengan aku, serius aku cakap, aku masih sayangkan oscar demi menyelamat oscar balik, ada jalan lain perlu dibuat. so aku ambil serius part ni. disebabkan malam kebuyaan deme xsyok so aku terus menyembang pasal oscar.

aku cakap kat deme, budak2 sekarang terlalu lembut zaman aku join oscar sem2 lain dari yang lain sampai sekarang. panjang lebar aku bersembang dengan deme sampai mengulit kenangan.hahaha.. gelak ketawa gurau dan senda, segala2mya la. so malam tu jugak, tengah bermesyuarat ada sorang pengakap laut daripada KL dan memperkenalkan dirinya namanya Nadrah panggil Nad.ermmmm kenapa mesti nama Nad jugak, lepas tu alif aka black lantik aku sebagai penemuduga. so visitor budak psas aka pembantu aku angkut budak2 ni la. dalam perjalanan menuju ke tempat yang sesuai budak psas tu bertanyakan pada aku "nak panggil apa ya", aku cakap "panggil je la ape2 aslkan baik, dia sambung lagi "nama ape ye", aku cakap "azrul", dia balas "ok abang azrul saya nadia orang panggil nad", erghhhh kenapa mesti nama itu lagi. aku hanya angguk sahaja.

so, deme semua berbekalkan lilin dan lampu kem dipadam, maka gelab gelita la kem, aku hanya duduk di atas kerusi yang hanya mendongak ke langit melihat bintang2 sambil budak nad tu tanya aku "abang nak berapa orang untuk di interview", aku pun jawab "mula2 ambil dua, lepas satu lepas dua", settle. dia hanya angguk dan aku merenung kembali ke langit sambil berkata2 dalam hati "gamaknya aku memang xboleh lari dengan nama nad ni kot.

so bermula la interview aku, mula2 dua orang, tanya dan tanya dan berbincang serta memberi tajuk yang mahu dibincang, lepas tu aku panggil nad, berdebar rasa hati nak sebut nama ni untuk di panggil last2 aku panggil juga, "nad, awak boleh diorang ni dan amek yang seoorang", lepas tu datang lah seorang perempuan. tempat aku esklusif sedikit, aku amek kerusi untuk aku dan peserta yang untuk di interview kan. 

so datang lah sorang ni, sampai depan aku, aku xduduk lagi, dia dah duduk, aku pun cakap "sape suruh awak duduk", dia bangun balik pastu aku cakap lagi "sape suruh awak bangun", dia diam dan tunduk, hehehe, pastu aku duduk dan aku cakap kat dia "dah xyah baut muka, awak boleh duduk dalam keadaan yang awak selesa", so dia duduk, bermulalah dialog aku try to became hero

AKU : nama awak siapa?
NAD : Nur Nadia Binti Azlan orang panggil Nad
AKU : (hanya berbisik di dalam hati "kenapa nama Nad jugak?kenapa xde orang lain") awak sekolah mana nad?
NAD : saya sekolah kat smk sungkai
AKU : awak fom6 ye?
NAD : ye lower 6
AKU : awak masuk pengakap sebab apa ye?sebab ikut kawan ke?sebab memang minat ke?
NAD : saya masuk pengakap sebab saya minat dan saya nak cari life saya sendiri dalam pengakap
AKU : (terkedu sekali lagi dengan jawapan dia jawapan sama dengan jawapan nadzirah dahulunya)

dan aku terus bertanya lagi tentang undang2 pengakap dan persetian pengakap, dengan mudah dia melafazkan mungkin betul la dia minat, dan aku tanya kepad adia tentang undang2 pengakap yang kedua iaitu TAAT, aku suruh dia bincangkan tentang pekara TAAT dalam kehidupan dia. habis dia cerita dan sampai tang keluarga dia hanya beritahu dia lebih kepada mak berbeza ayah

AKU : kenapa ayah awak kurang (aku mula meniliti sesuatu tentang keluarga dia)
NAD : entah la abang saya xtahu la
AKU : kenapa awak jadi xtahu, ni mesti kes ayah awak tak bertanggungjawab ni?
NAD : (dia diam seketika)
AKU : nad, baik buruk mana pun ayah awak jugak, dia bakal wali awak, xkan awak xnak kahwin kan, mesti nak kahwin, jadi kenapa awak jadi xlebih kat ayah?
NAD : entah la abang, saya xtahu, mungkin ini takdir saya yang harus saya terima.
AKU : ok. bergini, cuba awak perjelaskan kenapa awak cakap ini takdir awak?sedang awak ada pilihan untuk menceritakan sesuatu yang saya tak tahu tapi yang awak tahu
NAD : (mula menangis) abang boleh dapat tahu x kenapa seseorang lelaki boleh berubah di dalam keluarga?
AKU : (tenung ke langit dan memikirkan akan pengalaman aku dalam kehidupan aku) hmmm. berdasarkan pada yang awak cakapkan ni, ayah awak hilang tanggungjawab dia,hmmmm ni saya cakap berdasarkan pengalaman saya, laki berubah ada banyak pekara salah satu nya, ada perempuan lain hinggakan tanggungjawab dia sebagai ayah hilang, (dia hanya tenung aku dan aku teruskan bicara) ada kemungkinan besar ayah awak ambil dadah
NAD : ( terus menangis dan dia angguk) betul la apa yang abang cakap kat tu, saya malu nak cerita, tapi abang seolah2 tahu tentan saya.
AKU : jadi, awak jangan simpan beban pekara ni sebagai tekanan awak
NAD :  abang, saya rasa down sangat2, saya rasa malu sangat2, tapi saya pelik kenapa dengan abang saya boleh menceritakan hal peribadi saya. sebelum ni saya xpernah menceritakan hal ni kat sesiapa pun (sambil menangis)
AKU: apa yang awak nak malukan?setidak2nya awak dah lepas sedikit beban dan sebak di hati awak yang awak tanggung selama ni.
NAD : tapi...darah yang mengalir dalam tubuh badan saya ni.. darah kotor dan jijik daripada ayah saya (terus lagi kuat menangis)
AKU : awak..jangan sebab darah yang mengalir dalam tubuh badan awak, awak jadi down sangat2 tau,awak wujud ke dunia ni bersih tau, maknanya awak wujud ni bukan seorang yang penagih atau seorang yang pendosa. tapi dosanya ayah awak tu sendiri, bukan awak, jadi kenapa perlu awak rasa down sangat2? sedangkan awak lahir ke dunia seperti sehelai kain putih yang bersih sangat2, mana ada orang yang lahir seperti kain putih yang dah kotor, xda kan?dah2, lepas ni fokus apa target utama awak dalam hidup. jangan sebab ayah awak sendiri awak hilang target utama dalam hidup awak, awak ikut prinsip saya kalau kita nak sesuatu, niat dan buat sehabis baik. jangan berbelah bagi perasaan tu..kalau nak buat..buat, kalau xnak buat..buat...hahahahaha...bergurau je..dah2 nah amik tuala saya ni, lap hingus tu, lap air mata tu (cewahhhhh..macam hero melayu plak rasa ni)
DIA : (dia amik dan lap air mata dia) terima kasih abang

dalam pada tu pembantu aka nad jugak ada disebelah aku yang aku sendiri tak perasaan mungkin aku syok dengar dia bercerita atau aku terlepas pandang akan kehadiran dia. dan aku terpandang nad aka pembantu aku, dia tersenyum dan aku cakap panggil yang penghabisan.

NAD: abang, tuala ni macam mana?
AKU : awak ambil jela, tu tuala kesayangan saya, awak simpan elok2. (dalam hati aku menyesal aku bawak, tapi xsanggup tengok perempuan nangis depan aku)

*hilang satu barang kesayang aku sedikit demi sedikit.

No comments:

Post a Comment