Sunday, August 16, 2015

Try to Became Hero

Lepas aku menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, aku sempat solat di masjid putrajaya, kebetulan aku jumpa hamid, dan kami pun lepak dalam masjid tu. macam-macam la cerita yang di ceritakan. dan tiba2 hamid tanya aku, "yob, ape perasaan kau ye bila di permainkan?". perghh soalan yang rare bagi aku ni, seolah2 tahu akan isi hati aku yang tersirat disimpan lama dah pun, so aku jawap berdasarkan pengalaman aku "kita yang laki ni akan rasa bodoh la, kita tunggu cinta tu, tapi cinta tu pergi kelain", hamid pun balas "aku setuju cakap kau, kita ni terasa bodoh". rupa2nya awek hamid yang dipersetujui oleh kedua mak ayah hamid pun dah menjadi tunang orang. ish3...orang tua dah setuju tapi perempuan buat perangai. mudahnya orang menduakan. waktu hamid buat thesis dia dulu pun, hamid masih menceritakan tentang dia dengan awek dia, dah berjanji akan mendirikan rumah tangga, tapi..hmmm..sama jugak kisah aku dengan nad la. xakan lari seluang ke laut naik ke darat jua.

Lepas itu, hamid tanya aku pasal aku dengan nad. dan mengapa tidak aku menceritakan benda yang sama juga. aku cerita kat hamid sebab aku percaya kat dia. aku menceritakan segala2nya, tapi hamid pulak sebak dan sedih. hamid pun cakap "aku tak sangka la, aku tengok korang bahagia je, tapi ada juga di sebaliknya". aku hanya mampu tersenyum dan kami terus lunch dan aku belanja dia, apa salahnya nak belanja kawan.

Lepas itu, aku bergegas pulang ke tanjung malim sebab member office buat befday parti. satu tempat yang aku memang tak tahu ada nya satu gerai yang rahsia dan cantik di tanjung malim. so aku masuk la. ramai la kawan2 office yang ada. so sambutlah kami semua befday sorang ni ha. boleh dikatakan aku suka nyakat dia la jugak. cuma ada sorang tanya aku "azizul, where s your girlfriend?", aku hanya gelak dan aku cakap "saya xda girlfriend la". dia balas balik cakap aku "xpa azizul, try to be more pantient". aku hanya senyum sahaja. selepas selesai semua majlis, ada member yang dah mula balik dan aku tengok jam malam masih muda, esok cuti tapi ada kerja lain yang perlu aku buat. xsangka pulak, lepas tu, diorang drink bagi yang nonmuslim. so aku tengok je la dan aku odder air kosong sahaja. bau drink tu jangan la cakap bau die..perghhh..pening kepala beb. so aku layankan je cerita deme yang tengah mabok.

jam 1pagi mata aku mula ngantok. dan aku mau balik dan deme ni pun separuh sedar dan ade sorang amoi dah xsedarkan diri. kadang2 kelakar gak bila layan orang mabok ni. tapi berhati2 lah.hehehe.so deme yang separuh sedar ni pun balik la. aku pun bangun dari kerusi terperasaan akan hoo yang separuh sedar jugak. aku tanya dia. "sape amek kau hoo?". dia xmau cakap. Hoo ni couple dengan budak melayu dan dia xnak bf dia tahu. so aku tepon la bf dia suh. amek dia ni ha. sampai je kat kedai. perghhh...xde budi bahasa langsung. terus maki aku. agak2 la bro. aku dah tolong awek kau ni kira bersyukur dah la. pastu bf dia maki2 aku lagi, "kenapa kau x larang dia", "berapa botol dia minum", "aku dah cakap kat dia jangan minum,tapi dia minum gak", aku pun cakap slow tapi pedih la "kau ingat aku jaga dia?kau ingat aku pakwe dia?kemon la bro, nak mendidik orang yang non muslim ni bukan senang, nak pulak umur yang dah meningkat dewasa ni. benda macam ni..memang habbit diorang, so memang xboleh dibendung..kalau aku jadi pakwe die, aku xlarang tapi aku pesan minum kuantiti sedikit...ye mula2 memang dia akan minum banyak makin lama makin sedikit dan terus hilang". terus diam mamat tu.hahahaha..pastu dia bagi cincin kat Hoo, dia cakap kita break. amboi..mudahnya xsetia.hmmmmm...macam2 orang aku jumpa.

so tinggal lah aku dengan Hoo. aku fikir, apa aku nak buat dengan Hoo ni. rumah dia pun aku xtahu. so xade pilihan. aku angkat dia masuk dalam kereta, pastu bawak dia ge hotel. aku letak dia kat hotel. pastu aku tulis memo "nanti kalau awak dah bangun, call saya..saya ambil awak ge rumah awak.awak xsedar malam ni.so saya letak awak kat hotel", bila aku masuk hotel letak dia kat katil tu.hmmmm subahannallah. kuatkanlah iman aku dan jauhkanlah nafsu aku. potensi untuk ke arah tu memang tinggi 99%, jadi aku niat dalam hati dna pejam mata, aku nak tolong dia. so cepat2 aku blah dan bagi tahu kat kaunter yang dia tengah mambok, esok baru aku taking dia. so aku pun balik la rumah dan berehat. sebelum tidur tu aku terfikir. macam drama melayu pulak rasanya.

esok pagi tu aku kerja sampingan sahaja. Hoo mesej, dia ok dia nak balik, so, aku keluar kejab taking dia, hantar dia balik rumah. pastu Hoo cakap yang dia ni stress dengan pakwe dia. dia nak alri daripada masalah. pastu aku cakap kat dia jam 5 petang nak ikut x? dia cakap "nak kemana?", aku balas jam 5 petang awak dress sukan kita ge main badminton, tapi bukan kita berdua, ada dua orang lagi budak2 champion kids. dan dia pun setuju. so. bermainlah kami semua. aku dah lama xmain badminton tapi buda2k ni beria2 nak fight so kita sahut je la. not bad la budak2 ni main ada game la dna Hoo pun not bad jugak, rupa2nya dia pernah main untuk negeri dia.hahaha..budak negeri rupanya. elok je aku smash kat dia, dia jawap smash aku..perghhh...tercabar seketika. dan seperti biasa nak menghiburkan hati deme2 ni, aku buat perangai bodoh2 aku la.hahaha..xsangka pulak deme gelak. perangai 3suku. so setlle la aku sebagai Hero.cewahhhhh..hahaha..next time.budak2 ni nak ajak aku main lagi, deme cakap best main dengan abang n kakak,hahaha..ye kan je

No comments:

Post a Comment