Wednesday, August 5, 2015

Nukilan Rasa


Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang semula di laman hati
Kenapa harus rasa ini menjelma semula
Setelah mencuba untuk menghilangkannya

Bukankah kau yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan itu?
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu itu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Segala-galanya cepat berlalu
Apabila batas demi batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
Maka terganggu aku seketika
Di pinggiran nostalgia
Sukarnya melupakan
Sukarnya melepaskan

Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu tersimpul
Episod demi episod telah mendewasakan
Semakin aku matang mentafsirkan
Sedangkan dulu berjanji
Kini memungkuri
Jika benar rasa dan naluri ini setia
Hati kita takkan terpisah jua

Dan entah kenapa tiba-tiba kini
Aku mengharap sesuatu yang lama kini kembali
Menaruh harapan yang begitu tinggi
Sedangkan di persada itu sukar untuk di lontarkan
Mungkin perlu butiran wahyu untuk menyapa
Walau di awalnya terasa susah sungguh
Mungkin di akhirnya kebahagiaan yang menyeluruh

Seperti aku ingin kembali
Tetapi adakah hal ini mungkin terjadi
Aku hanya mampu hidup dalam bayangan
meratap dalam kenangan
meraung dalam kesedihan
kerana aku ingin sesuatu perubahan dalam kebahagiaan


No comments:

Post a Comment