Andainya Ini
Ramadhan Terakhir Buatku,
Kupohon kepada
Ilahi agar segala
kemanisan,
kelazatan dan keindahannya
dapat ku kecapi
dengan wajah yang berseri-seri lagi penuh erti.
Andai Ini Ramadhan
Yang Terakhir,
Inginku penuhi
siangnya dengan amalan yang membersih hati
Kerana siang
dahulunya aku dipenuhi dengan pekara yang lagha di hati
Inginku hiasi
malamnya dengan amalan yang menjernihkan
sanubari
Kerana malam
dahulunya aku dipenuhi dengan pekara yang memaksiatkan diri
Andai inilah
Ramadhan yang terakhir buatku,
Biarkanlah air mata
ini benar-benar mengalir penuh kehangatan lantaran keinsafan
atas segala
dosa-dosa ku, kekhilafan dan kesilapan yang lalu
seperti pasir
dipantai
Andainya inilah
Ramadhan yang terakhir buatku,
Muliakan hati aku
dengan bacaan Kalam-Mu
Dengan penuh penghayatan
hingga ke penghabisan khatamnya
Terimalah solat demi solat yang ku lakukan
sehingga wujudnya rasa cinta dan kasih sayang
Andainya inilah
Ramadhan yang terakhir buatku,
Mantapkan iman aku
untuk melupakan segala kedukaan
teguhkan kekekuatan
aku untuk memaju kehadapan
Andainya inilah
Ramadhan yang terakhir buatku,
Pulihkanlah kebahagiaan
aku
Pulihkanlah semangat
aku
daripada perubahan
kegelapan dunia
daripada kejujuran lautan yang menghempas pantainya
Andainya inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
pulihkanlah pandangan sinar mata aku
daripada tertutupnya sinaran duniawi
Andainya inilah Ramadhan yang terakhir buatku,
Indahkanlah malam demi malam aku
Demi sujud perindu kepada Mu
Andainya inilah
Ramadhan yang terakhir buatku,
Aku memohon kekuatan,
rahmat, inayah dan taufiq
daripada Allah SWT
agar Ramadhan ini adalah yang terbaik buatku.
Andainya inilah
Ramadhan yang terakhir buatku......