Friday, March 1, 2019

Rasa Ini


Permulaan dari mata turun ke hati
tak ku sangka bahagia ku rasa
walaupun berbeza situasi
namun tetap rasa dijiwa

ku teruskan mengenali diri
bagi aku itu belum cukup lagi
keluarga dah mula mengenali
masih terbayang diantara realiti dan fantasi

masa depan belum tentu cerah
apabila masalah yang menimpa acapkali
tabah hati berserah pada Allah
seperti tak mau hidup rela mati daripada bunuh diri

bermalam dalam bilik hina dan sepi
berselimutkan angin duniawi
tangisan sesalan sujud pada Illahi
bila senang lupa akan pencipta Ini

aku ingin berubah
tapi pada siapa ingin aku rujukan
bukan tak percya pada mak ayah
tpi tak yakin pada diri yang aku ingin

sujud terakhir aku sebut nama mu
dalam doa aku kirimkan rindu
jika kau memang tercipta untuk ku
apa jua masalah pasti kita akan bersatu

setiap bait suara perindu
digubah menjadi lagu
jika liriknya bait itu kamu
aku sedia menunggu demi cinta ku yang satu

masalah daripada kita
aku buntu memikirkannya
apakah perlu korban untuk semua?
sedangkan aku sentiasa menyusahkan mereka

ampuni aku ya Tuhan
tangisan keinsafan masa lalu
masihkah ada peluang dalam kehidupan
mengubah segala duka lara ku

Hidup aku dipenuhi dengan ketakutan
setiap lakuan sering diperhatikan
apakah aku taksub pada pujian
selalu kalah dengan setiap godaan

nekad mengembara ke serata tempat
mencari nilai hidup yang sebenar
nekad aku berhenti setiap masjid untuk solat sunat
demi mencari ketenangan di jiwa kamar




Thursday, February 21, 2019

MENIKAHIMU ATAU MENGIKHLASKANMU


Aurora cinta perjalanan ku.. Aku sudah berusaha mengikhlaskanmu..Tapi pada akhirnya memang masih kamu. Sosok yang aku yakini akan menjadi jodohku nanti. Ya.. aku masih berharap kamu yang menjadi pasangan ku kelak. Meski ku tidak tahu. Sekarang kamu seperti apa? Meski kau ngelak bertemu dengan aku. Tapi dalam hatiku.. Aku masih yakin sama kamu. Tepatnya hanya kamu yang saat ini aku yakini. Ketika mulut, hati dan otakku berkata, tentang jodoh dan pernikahan. Keyakinan ku padamu tidak pernah pudar. Fatwa hati ku masih tetap sama meski dititik aku sudah benar-benar dalam keadaan rela. Aku akan hanya menghapuskan mu dari kalam yang aku perjuangkan. Jika ternyata aku tahu kamu sudah ada orang lain atau jika kamu menolak pinangan ku dan jika itu terjadi, bagiku semua urusanku tentangmu sudah selesai kerana aku berjanji dan setia akan menghalalkanmu. Tapi bagaimana jika kamu ternyata juga yakin padaku. Setelah itu, kamu masih menyimpan keyakinan itu sehingga sekarang. Meski akan datang kita sudah berkomitmen dari dulu tidak saling menunggu. Aku tidak pernah sama sekali menghapuskan harapanku. Bahkan aku sering berdoa pada Allah. Di dalam mihrab di multazam ku meminta, kalau memang kamu jodohku pertemukanlah pada saat yang tepat untuk bersatu. Maka boleh dan wajarlah jika aku sangat berharap kepada Allah agar kita dipertemukan, agar aku tenang menanyakan padamu, agar aku hidup memperjuangkan keyakinan dalam hatiku hingga akhirnya aku benar-benar bisa meminangmu. Atau kisah kita akan berakhir dengan cara aku mengikhlaskanmu


NUR ATIQAH BINTI ABDUL GANI


Tuesday, February 19, 2019

Menulis Dengan Kata Hati

bersamaan dengan tarikh ini, aku mula menulis kembali tentang kisah aku dan dia. aku tak tau kenapa dari mana mulanya perbalahan seperti ini?apakah aku saja yang beria2 taruhkan ego?tidak mengapa.. suka menceritakan kembali kisah aku dan dia.

Nur Atiqah bt Abdul Gani, bukanlah nama asing bagi aku. 1st aku tertarik kerana senyuman dia. ya. dihati kecilku berkata, indahnya kalau aku bersama dengan dia. senyuman yang terukir membuatkan aku lupa semua pekara. aku inginkannya, aku ingin jadikannya yang terakhir. itu kata hati aku mula2 bertemu.

aku teruskan untuk kali kedua. aku berjaya dapatkan no telefon dia. tapi tidak berani untuk mulakan perbualan. jadi aku hanya mampu simpan saja. Pada ketika itu, aku mula cari kenalannya di fb. aku dapat. aku add.. hati aku gembira. aku mula massger dia. dia respon baik. kami mula kenal.. dan aku mula whatsup. ya..dari mata turun ke hati. aku xdapat tipu perasaan aku. aku luahkan segalanya pada dia. sebelum aku luah. aku berdoa supaya "ini cinta terakhir aku",

semakin hari semakin bahagia, yela, mula2 kenal seronok iyakan. dan. tiba saatnya hatinya mula curiga. kerana kawannya bagitau aku sudah berpunya. alangkah terkejutnya dengan khabar angin yang aku dapat. aku cuba terangkan pekara sebenar. aku sudah 3 tahun tidak menjalinkan cinta.. apakah aku sudah berpunya selama 3 tahun itu? rupanya aku difitnah. aku cerita tentang ex aku rupanya khabar angin yang dia dapat bukan ex aku.. tapi Nooraziah Ajran. hahahaha..kelakar bukan. aziah ajran aku hanya kenal begitu saja. tidak pernah rapat malah tidak pernah tanya khabar. hanya kenalan classmate kelanasiswa. aku hanya guna prinsip aku aku kau kau.. tapi kenapa dia (atiqah) menafikan pekara ini? sehingga aku dikatakan mempunyai perasaan suka pada dia? aku terpaku. kerana dia mula curiga pada aku. mula2. aku post tentang video dalam ig. parit raja. bukan nama asing bagi aku. aku terangkan segalanya. sampai aku jumpa kawan aku di parit raja n batu pahat. aku tanyakan bererti. jawapan yang aku dapat. hanyalah rekaan. aku tidak tahu siapa yang menceritakan tentang pekara ini. jauh dari sudut hati aku.

hubungan aku kembali elok, kembali bahagia, aku bawa dia jalan2. yela, aku memang suka berjalan. kaki jalan. sehinggalah 1 masa dia berjalan dengan kawan2 dia ke terangganu. dia happy dengan kawan2 dia. balik sahaja daripada terangganu dia upload 1 gambar bersama dengan sorang lelaki dalam ig story. aku mula curiga, troma aku kembali,. aku takut pada peristiwa yang menduakan aku. aku mula takut tapi dalam hati mula positif. aku tatap sekali lagi, aku semakin takut. sehinggakan aku berkata " siapakah aku sebenarnya sehingga kau sanggup lakukan sebegini??".. aku ratapi jiwa aku. dia mula berani lakukan seperti ini, aku takut akan kembali sekali lagi. apakah aku siap dipermainkan? dipalingkan? apakah aku sudah siap semua pekara ini??aku membiarkan saja. aku tak perlu ungkit akan pekara ini.

sehinggalah aku mula dapat kerja di sekolah syed mansor batang kali. dia mula curiga kembali pada aku. kerana anak murid aku. aku rapat dengan anak murid aku. sebab aku guru kelas dan ngajar tentang sains sukan. ya aku memang rapat dengan anak murid. dan aku tau batasnya dan aku tahu siapa aku. dia semakin curiga. aku bagi telefon aku pada dia. dengan harapan dia akan cek keseluruhannya.. ya.. dia memang cek.. dia tengok die belek die buka..habis semua. dia minta ditinggalkan, ayat die daripada dulu sampai la sekarang. minta ditinggalkan. bukan jenis aku memutuskan hubungan. meskipun perbalahan aku tetap pertahankan. walaupun aku terangkan semua pekara namun tetap jua aku yang bersalah. maka perbalahan mula terjadi, dia (atiqah) mula mengungkit kisah silam aku, mula ungkit semua pekara. aku tetap dengan pendirian aku, aku pertahankan jua. alhamdllah berhasil aku pertahankan.

hubungan kembali pulih seperti sedia kala, aku mula menangis di depan dia. kerana takut akan kehilangan aku sayang sangat pada dia. aku mula kembali ditugaskan ke SMK Air Kuning. sekolah projek sukan. ya buka sekolah awal tahun aku mula sibuk dengan segala maha tugas aku. sehinggakan aku tidak dapat luangkan masa bersama dengan dia. ya.. aku bawak dia datang ke rumah. sewaktu aku ke sekolah. dia terjumpa akan harddisk aku. dia selongkar. dia mula membelek setiap folder aku. ya..dia terjumpa diluarjangkaannya. aku masih simpan lagi gambar ex aku. sebenarnya aku tiada masa untuk buka folder 1per1 untuk delete setiap gambar aku dengan ex aku. ex aku dah bahagia punyai suami yang cintakannnya. mulalah pergaduhan besar berlaku sekali lagi. walaupun aku bagi alasan namum kesalahan juga yang dia nampak.

setiap kali pergaduhan dia akan ungkit semua pekara yang dia tahu. aku hanya buntu terpaku dengan ungkitan setiap ungkit yang dia katakan. sehinggalah dia minta berdiam diri lagi bagus daripada berkata2. aku tidak tahu apa salah aku sehinggakan diperlakukan sebgini. aku cuba usaha untuk kekalkan hubungan. namum tetap curiga yang ada. dia kata hanya sayang pada mulut tapi tidak pada hati. apakah kebaikan sepanjang hubungan bersama dia tidak nampak hanya nampak keburukan. tidak mengapalah tuhan tahu niat kita.

aku tetap teguh dengan apa yang aku impikan dan kecapi. aku sayang hubungan ni, aku sayang insan ini. kerana dia cinta terakhirku.