Monday, July 13, 2015

Im Caming Home

tak sangka boleh updated pakai hp.hahaha..so..nk bagi tahu. rancang perjalanan yang tepat. sebab kereta dah semakin banyak ni ha. lori apatah lagi. Bagi aku raya tahun ni aku terasa macam ada cacat skit. cacat macam mana??biarlah rahsia. Tapi ramadhan kali ini. mudah2an ramadhan yang terbaik sebelum ni.

kereta masih lengang lagi dengar cerita
kat raub dah jem

simple can make your life more meaningful so enjoyable that no one else
can take your place in your life

Malam 27 Ramadhan

Sebelum kita nak balik raya ni. aku nak share tentang solat tasbih. kan molek kita buat dalam bulan ramdhan ni. aku bukan nya baik sangat nak share benda2 gini. cuma nak bagi tahu. moh kite beramal sebab Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“ (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah) 

Aku tertarik dengan ayat sekali seumur hidup. so. malam ni moh kite lakukan solat sunat tasbih. Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Terpulang pada individu nak buat bapa rakaat sama ada 2 rakaat dengan 2 salam atau 4 rakaat 1 salam sahaja.

Bagi aku solat sunat tasbih ni memang lama bila dilakukan. Setiap 1 rakaat terdapat 75 kali tasbih. 4 rakaat 300 tasbih. Kenapa ada tasbih? dah nama solat sunat tasbih mesti ada tasbih. masa bila nak tasbihnya? masa lepas kita buat pekara yang wajib dulu dalam solat. contoh waktu kita qiam. lepas baca alfatehah kita baca siroh yang terpulang pada kita sendiri (xde ditetapkan siroh mana yang wajib) lepas tu baru lah baca tasbih ni


" سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله "



Lafaz niat solat sunat tasbih 

"sahaja aku solat sunat tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala"

"sahaja aku solat sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah Taala"

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
    • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
    • Lepas bacaan rukuk  10 kali tasbih
    • Lepas bacaan Iktidal 10 kali tasbih
    • Lepas bacaan sujud pertama 10 kali tasbih
    • Lepas bacaan duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
    • Lepas bacaan sujud kedua – 10 kali tasbih
    • Sebelum qiam kita kena duduk diantara 2 sujud sebentar dengan bacaan 10 kali tasbih
    • so. completed 1 rakaat (15+10+10+10+10+10+10= 75 kali tasbih
    • Untuk 2 rakaat 75X2=150 kali tasbih
    • Untuk 4 rakaat 75X4= 300 kali tasbih
    • Harus diingatkan juga lepas takhyat akhir sebelum bagi salam 10 kali tasbih
    • Jika terlupa bacaan tasbih dimana 2 tempat yang kita lupa, boleh digantikan dengan bacaan tempat yang lain
    • Contoh- sewaktu rukuk kita baca tasbih hanya 9 sahaja, boleh digantikan pada sujud yang pertama bersamaan dengan 11 kali tasbih, sebab kita tertinggal 1 tasbih pada bacaan tasbih rukuk kita.
Selepas itu, selesai dan doa lah dalam bahasa kita sendiri. Kelebihan solat sunat asbih ni Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan. Mudah2an Allah mengampunkan dosa kita. Kita ni dah la jahat. Baik pun xde. Nak yang baik je sedangkan diri kita pun jahat. Untuk malam 27 ni. Aku nekad untuk membaca suroh yasin 3malam berturut2. malam 27, malam 28 dan malam 29. Mudah2an, Allah mendengar rintihan aku ni, permohonan aku dan sebagainya. mudah2an lepas raya nanti ada khabar terbaik buat aku. Wawahualam----------------->>>

Mungkin masa tu bukan sampai penghujungnya 
tapi untuk menimba pengalamannya

Saturday, July 11, 2015

Cerita Ku 2

Kali ini cerita tentang mengenal sejarah dan budaya masyarakat korea. Ada 1 subjek yang kami kena pelajari tentang sosiologi korea. So kami pun mempelajari la tentang budaya diorang. Jauh beza sosiologi korea dengan malaysia. Meh sini aku cerita serba sedikit. Deme ni memang hormat orang yang lebih tua daripada kita. katakanlah umur kita 20. dan ada sorang lagi umur 21. nak xnak kita kena panggil dia abang atau akak. So dalam hal ini, aku menipu umur aku supaya kita boleh nampak hormat deme tu. memang betul hormat betul. kita balik jadi segan. So. untuk permulaan mengenal budaya deme ni. Aku dan kawan2 aku yang plan untuk membuat satu jamuan kecil dengan patrner masing2. So kami masak. dan deme pun masak cara deme asalkan jangan ada babi

malas sebenarnya nak tunjuk kepakaran

jamuan kecil2 sahaja


Lepas makan, kami pun bergegas berjalan ke satu muzium yang berdekatan dengan tempat hostel kami ni. So dah biasa berjalan kita berjalan dan lagi satu budaya deme memang suka berjalan. itu fasal deme sihat.

biasalah, sebelum masuk muzium ni wajib snap gambar

permainan tradisional deme ni
lebih kurang macam main dadu la
tapi dadu deme kayu 4 batang tu ha

nama benda ni entah ape entah aku lupa
setiap sorang diperuntukan 3 batang anak panah 
dan di lontarkan masuk ke dalam bekas yang disediakan
mengikut kepercayaan deme, kalo 3 batang anak panah tu
kita baling masuk ke bekas tu memang ada tuah kita berkahwin 
dengan seseorang yang kita inginkan
(buat boleh percaya jangan)

kebetulan pulak musim perayaan deme Chuwsok day

muzium di dalam nya menceritakan tentang maharaja2 deme la
tapi sekarang deme dah hapuskan maharaja wujudnya presiden
raja2 xde kat korea ye

Selesai cerita di muzium

Keesokan harinya kami pergi ke tempat yang ada makanan halal tapi mahal. Islamik Center. Kami selalu beli ayam dan makanan2 yang lain disini dan solat jumaat pun disini. Tapi perjalanan dia menggunakan train deme 1jam. tapi kami pergi sebulan 2x. sebab jadual kelas yang padat itu pun dapat keluar atas ehsan pensyarah kami. waktu disana masuk 12.30 kelas habis 12 so perjalan sejam sampai sane jam1. ada kalanya kami sempat solat dan adakalanya sampai2 dah habis solat.

Suasana dalam masjid
bila kita sampai sini kita akan jumpa saudara baru kita korea masuk islam
(rindu pulak kat masjid ni)

makanan yang sedap sangat2 dan halal dan mahal

dah habis. go back home

Depan kampus kami ada satu restauran pizza. tiap kali habis kelas kami akan kesini. rm15 je duit ke. pizza cheeseeeee..nyam3...

telan air liur aku. dan di korea wifi ada dimana2

bismillah dulu

Hujung minggu program international student. kami di bawak oleh pihak U untuk mempelajari budaya Korea dengan sedalam2 nya. Hari tu aku dah belajar dengan partner sosio aku.So yang ni real punya. Semua international student terlibat. dan sekali lagi mahu cakap pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.


sebelum jalan kena kenalkan diri dahulu
ayat aku yang masih aku ingat
(hello every one, my name is azrul..and i know its hard for u call me..so my simple name is Jerry..
so why not i want to tell u something.. i love my foreigner friends)
tak pasal2 kena sorak. adehhh...

sudah sampai tempat yang ingin ditujui


miss hou. sekali tengok muka macam pelakon tapi tak
cerita aku dengan dia ni time aku kena alegik aku minta tolong dia kat mana klinik berdekatan
dan dia bawak aku naik kereta dia, 1st time naik kereta korea duduk di sebelah kanan, kalau malaysia kanan is driver. dalam kereta sempat aku berbual dengan dia. kalau tengok muka dia ni umur macam lingkungan 27 something la..tapi x..umur dia 32 dan tak kahwin lagi.
alasan dia tak kahwin dia tunggu lelaki yang setia.
(untungnya dapat perempuan setia ni)


kawan2 international aku
(vietnam, thailand, Turkey, Uzbek, France, German. banyak eh)

merasa jugak pakaian tradisional deme ni. 
aku dok tengah2 tu sebab ajuma yang incas bende ni dia cakap
sarung kepala aku pakai tu adalah maharaja
yang macam topi tu pembesar.
hahaha..so..aku adalah MAHARAJA

So. sampai disini dulu cerita aku. nanti akan aku cerita lagi, sekarang mau tadarus dulu. bukan nak cakap aku ni baik ke jahat. cuma ini adalah diri aku sendiri. mencuba dan terus mencuba. bila lagi nak cuba. aku target aku khatam sebelum malam 27.














Friday, July 10, 2015

Cerita Ku

Kembali ke asal, blog ini wujud disebabkan aku belajar di Korea, bila aku tengok balik perihal yang lama dalam blog ni, kelakar pun ada. So, untuk kali ini blog ini sebagai teman setia aku meluahkan rasa disebalik Allah yang ada.

So, kembali ke idea asal blog ini, pada mulanya ingin berceritakan tentang suasana pembelajaran aku di Korea. Pada mulanya aku tak jangka yang aku akan ke korea. Mak aku memang tak bagi pergi, so masa ni la kita nak buktikan pada semua orang yang kita boleh juga, paling tidak aku nak mengharumkan nama mak ayah aku dan bukan aku nak bangga atau angkuh aku la orang pertama di kalangan saudara mara aku yang belajar di luar negara. Pastu bapak aku suruh buat solat dan aku buat dan aku yakin dengan jawapan aku dan aku nekad. Alhamdullilah setahun aku disana banyak pengalaman yang dapat dan ilmu baru yang dapat.

sebelum berlepas ke Korea lain gilerr muka aku
yang mamat sebelah bapak aku tu sepupu aku bakal jadi polis
bagi aku polis last choice la

Sewaktu menuju ke gate pelepasan, aku sempat call seseorang yang dulu aku menaruh harapan gilerr la pastu dia menangis dalam tepon, cuma aku cakap, percaya pada aku kita akan jumpa balik. Perjalanan flight selama 6jam perjalanan ke Incheon lepas tu ambil bas nak ke Busan 5jam perjalanan. letih beb. xtahu nak buat mende dalam flight  dengan bas tu. So habis disini ceritanya.

Apabila bergelar student BUFS, kena la pandai cakap bahasa korea. Orang kalau minat korea di sungguh2 belajar, aku ni je, nak tak nak, so kena belajar la jugak cakap dalam kelas. Kelas korea yang awesome punya cikgu, terbaik la, 

 
partnership Korean Class..memang awesome la

Dalam kelas sempat lagi bergambar..ok la not bad la..

Aku mula belajar makan makanan korea yang sangat pelik dan tak boleh diterima dek tekak. Tapi makanan dia kebanyakkan semua rebus2 sihat. Kat Malaysia banyak minyak



Bohong la kalau termakan sesuatu yang di panggil babi tu. Deme kat sana memang itu makanan rasmi deme. Kita je nak kena jaga. Dalam hal ini, bukan aku sorang je yang terkena, kawan2 lain pun terkena jugak. Ceritanya dalam sandwich, dengan berbekalkan ilmu bahasa korea kami bacalah inti dia, just ada telur dan ketam, ok la boleh la makan, tapi dalam sandwich tu ade sekeping macam cheese berwarna pink yang kami sangkakan ketam rupanya itulah babi. Adooiiiii. Lepas daripada itu, kami tak makan dah.

Campus life yang awesome dan not bad bagi aku. Mempelajari sesuatu daripada sesuatu yang berharga. Pengalaman yang berharga mana boleh dibeli dengan wang ringgit beb. xdapat beli.

Perbincangan dengan otai fakulti sukan di sana, payah sebenarnya nak komunikasi dengan deme ni, deme bahasa english pun xtahu sangat

Masa untuk meronda-ronda kampus la. kampus deme ni atas bukit. 
so setiap hari exercise pergi kelas

suasana dalam kelas. deme memang respect dengan orang asing
So jang kita hilang respect plak kat deme


ni Touch pad lebih kurang macam touch n go
benda ni kegunaan dia time nak naik bas naik train
sebelum naik ke touch dulu kat satu moderm
aku punya yang teddy bear oren love tu

macma biasa ronda kampus 

situasi dalam bas yang masing2 masih blurr dengan tempat baru kami ni

ni adalah mesin kondom hanya ada di dalam public toilet lelaku sahaja
satu kondon rm1.50 duit kita.hahaha

masa ni aku ingat lagi, tengah berchit chat dengan hamba allah di UPSI
untuk memudahkan kami berhubung di pun tukar hp
dan masih segar ayat dia waktu nak install aplication di dalam hp
dia cakap kat tauke kedai tu mau wassup husband kat korea
(hmm..husband la sangat)

Kami sampai kat korea ni musim panas. mana nak cari musim sejuk. tapi tak sangka plak korea ni ada 4 musim. Alhamdullilah bertuah kami. So. kalau musim panas, tak kan tak nak merasa suasana musim panas deme kat sana. so. kami yang lelaki ni pergi la pantai diorang yang femes kat korea tu la. memang ramai orang. perghh..berterabur iman beb. perempuannya pakai bikini beb. jadi mata lelaki jadi jahat aku beli glasses. hahahaahaha

budak laki ade 6 sahaja sorang lagi snap gambar

??????

ajusi yang awesome

So. sampai disini dulu, nanti akan di update lagi. sekarang nak dekat jam4. standby mood im caming home dan meneruskan target utama adalah tadarus. mudah2an aku dapat khatam. sekarang juzuk 29. excited pulak kita ni..hehehe

Wednesday, July 8, 2015

Teristimewa

Ya Allah
Jika yang teristimewa bagi ku
Lewat mendampingi kamar hati ku
Kau berikanlah aku kejayaan terlebih dahulu
Agar kejayaan aku meniti hari istimewa aku

Ya Allah
Jika yang teristimewa bagi ku
Adalah satu kebahagiaan makmum ku
Kau berikanlah keindahan bait zikir suara perindu
Agar kemerduan alunannya kami bersatu

dimulakan dengan bismillahi lillahitaala

Wednesday, July 1, 2015

Malam Nisfu Ramadhan

Kadang-kadang aku hadam beribu tangisan
Hanya untuk melihat satu kebahagiaan
Adakala juga manusia lupa pada satu perjanjian
Hanya sesaat berubah satu persepsi kemanusiaan

Jika tidak mahu disentuh kenapa tak tolak
Hilang segala nikmat dan juga akal
Jiwa boleh dipupuk demi katakan tidak
perasaan manusia berdetik hanya sejengkal

Janganlah bergantung pada perbuatan
Jika tiada masa terluang untuk diberikan
Tiada daya untuk diluah dengan ungkapan
Jika kerinduan tiada kemahuan

3 kata tanpa ungkapan diberikan
Tanda persetujuan hanya satu ikatan
Sedangkan satu perjanjian hanya menunggu sebuah jawapan
Manisnya gula pahitnya cinta dipermainkan

Bila sentuh soal hati
pasti ada yang tersakiti
namun, segalanya pasti ini ujian Ilahi
Bawa diri tak bermaksud hanya untuk menyepi

Ukiran rekaan suara zikir perindu
Merdu bait kenangan terindah
Tersentuh hati bawalah jauh ke hulu
Bukan kerana benci tapi terpaksa mengalah

Adakalanya hati ini masih berharap
Tapi berharap pada yang telah berubah
Adakah hati ini yang berubah atau perasaan yang tersilap
Sedetik demi sedetik pintu tertutup segala masalah

Mengembara dalam kesunyian
Tanpa teman untuk diungkapkan
Mimpi lama menjadi igauan
Setiap kali luahan itulah badi ungkapan

Berpusing jauh membawa diri
Percayalah! yang teristimewa selalunya lewat mendampingi
Ayatul Manzurah bukti kekuasaan Illahi
Putaran karma alam yang paling hakiki

Walau sesaat pemikiran boleh merubah segala perbuatan
Zahir tak terlihat segala fantasi yang diungkap
Belum tentu salaman tasbih dapat diberikan
Kerana batin juga tak terungkap

Pohon rimbun belum tentu dapat menutup perasaan
Sakitnya kekecewaan dan sakitnya kesedihan apabila dilontarkan
Akan disusuli dengan kebahagiaan yang tak pernah dibayangkan
Hanya satu kunci kekuatan...
iaitu KESABARAN

Sedetik untuk kesabaran