Sunday, November 30, 2014

1 Dicember 2014

1 Dicember 2014

tinggal sebulan sahaja lagi akan melabuh tirai 2014..so? apa matlamat kita pada tahun ini??tercapai atau tidak??bagi aku..matlamat aku pada tahun ini hanya 30% sahaja yang tercapai..mungkin aku alpa dengan dunia aku..sedangkan masa berlalu dengan begitu laju..jadi..pada 1 Disember 2014 ni..setelah banyak cabaran, dugaan, pengalaman, kekecewaan, jatuh bangun semula, kesepian, dimenduakan..semuanya telah mengajar aku erti kematangan. jadi aku telah membuat sesuatu matlamat jangka panjang yang akan membawa aku jauh dari segala-gala memorial ni.InSyALLAH!!!

MATLAMAT JANGKA PANJANG

InSyALLAH umur 28tahun akan dijangka bekerja sebagai seorang yang mempunyai matlamat dan gaya hidup yang sendiri berpandukan pada ijazah aku (OPEN MARKET / EDUCATION)

Bermula dari 28tahun itu...dalam satu jangka pendek iaitu 5 tahun ke depan (28, 29, 30, 31, 32 yr) aku akan usahakan aset sendiri. Dalam pemikiran aku sepanjang 5 tahun itu aku akan cuba bangunkan satu studio jamming yang bertaraf 3star. Aku minat muzik..InSyALLAH..minat aku ni akan aku ketengahkan walau dulu lepas SPM aku nak amek Diploma Muzik (guitar).

AAM Studio Jam (Just About Music)

aku kenal sorang brother ni, dia cakap.."kalo nak buka studio..1st barang kena brand..kalo cikai-cikai, kepuasan pelanggan kurang".."2nd sound music..sound music kena perfect kau kena belajar nak setting music n sound la".."3th keharmonian dalam studio kau..kau kena tau organisasi barang kau".."4th minat..kalau kau minat..insyaallah Allah bagi jalan..kalo xminat..bisness entah kemana"..haaa..bila dengar brother tu ckp mcm ni..membuak2 hati aku..tapi taget aku 5 tahun kedepan bermula pada umur 28 tahun..aku taget dalam masa 2 tahun bermula operasi studio aku tu aku akan dapat balik modal dalam masa 2tahun. Mungkin dalam studio ni aku akan buat jual beli barang-barang bundle yang rare. 2bulan sekali aku akan terbang ke korea atau jepun..kerana disana lubang bundle sangat la mewah dan rare..hehehehe

selain itu, matlamat jangka panjang bermula dari umur 28 tahun..10 tahun kedepan aku mempunyai 1 bidang tanah yang diusahakan oleh aku sendiri. Aku pernah terfikir mempunyai satu bidang tanah dan asetnya kelapa sawit. Kelapa sawit ini memerlukan modal yang besar untuk usahakan. dimana kita perlu membeli anak benih kelapa sawit yang berkualiti, baja yang berkualiti serta sistem perparitan yang bagus untuk tumbesaran kelapa sawit. selain itu untuk membayar gaji pekerja yang mengait buah kelapa sawit. Market pada hari ini setahu aku 1tan bersamaan dengan rm500 gitu la..kalo xsilap la..kalo silap..aku kena belajar lagi la bab kelapa sawit ni.

selain itu, dalam tempoh 15 tahun bermula daripada 28tahun aku tu..aku cuba membuka sebuah kedai GYM and fitness center. Kalo ada lubang pembelian barang segala-galanya mudah dan kita tak tertipu. so ni salah satu minat aku jugak dan mempunyai matlamat yang besar dan bermodalkan besar. Bunyi macam orang kaya aku ni..tapi tak..itu semua usaha kita..aku berasal daripada keluarga yang susah bukan senang..


AaM GYM & Fitness

InSyALLAH ada usaha..ada minat..semuanya boleh berlaka..kalau orang tanya pasal KAHWIN?!!! perghhh soalan yang susah untuk dijawab. kalolah semua matlamat ini aku tercapai..akan ada orang pertikaiankan BILA KAU NAK KAWEN?? kalau dibilang dengan umur dengan matlamat aku ini 28 tahun hingga 15tahun kedepan..43 tahun dah umur aku..hahaha..memang xlaku la..disebabkan sibuk mengejar matlamat sampai terlupa pasal perkara yang wajib. Jadi..aku mengesyorkan bahawa perempuan yang ge pinang laki..kalaulah ada perempuan yang sanggup buat macam tu..perghhhh..gua respect beb!! mesti akan ada yang bertanya..kenapa kau xcari??dan aku akan jawap..segalanya mungkin!!




No comments:

Post a Comment