Monday, December 1, 2014

Indahnya Bersederhana


Pernah sekali dan sekali lagi terasa ‘ditegur’ oleh Dia.
Astaghfirullah, aku leka!
Perkongsian seterusnya ini untuk renungan bersama.

----------
Terlalu mewar-warkan kebahagiaan sendiri juga adalah
pintu kepada ujian-ujian.
Tanpa sedar kita seolah berbangga diri.
Kita terlupa, sebenarnya bahagia itu bukan sebab kita, tapi Dia.

Kadang-kadang, kita terlalu teruja bercerita
tentang kebahagiaan dan kejayaan kepada umum.
Malahan diulang berkali-kali.
Yang mendengar mungkin terluka.
Yang membaca mungkin terasa;
Eh, macam menunjuk-nunjuk pula...
Riaknya dia...
Angkuhnya...
Muak pula baca...

Bukan tidak boleh mewar-warkan
kebahagiaan dan kejayaan diri sendiri.
Tapi berpada-padalah.
Tak perlu beritahu sampai orang jelik.
Pun tidak perlu sorok sampai orang langsung tidak tahu.

Ingat, kebahagiaan dan kejayaan yang dirasai dan dikecapi
nilainya bukan percuma.
Tetapi menyusul kemudiannya ujian, dugaan dan rintangan.

Cukuplah kebahagiaan mahupun kesedihan
kita simpan untuk diri sendiri.
Tidak semua yang melihat dan membaca, menyenanginya.
Sebelum post sesuatu, fikir apa tujuan kita dan apa reaksi yang lain.

Sabda Baginda yang bermaksud:
"Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar?
Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Jika perlu MARAH, marahlah,
tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR

Jika perlu MENANGIS, menangislah,
tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG

Jika perlu PATUH, patuhlah,
tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN

Jika mahu MISKIN, miskinlah,
tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR

Jika mahu KAYA, kayalah,
tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya,
tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah,
selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah,
asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah,
asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT

----------
*Hidup kita biarlah bersederhana..Biarlah kita berendah diri..Cukuplah kebahagiaan di kongsi bersama.. Biarlah kesedihan kita simpan untuk diri sendir*

Sunday, November 30, 2014

1 Dicember 2014

1 Dicember 2014

tinggal sebulan sahaja lagi akan melabuh tirai 2014..so? apa matlamat kita pada tahun ini??tercapai atau tidak??bagi aku..matlamat aku pada tahun ini hanya 30% sahaja yang tercapai..mungkin aku alpa dengan dunia aku..sedangkan masa berlalu dengan begitu laju..jadi..pada 1 Disember 2014 ni..setelah banyak cabaran, dugaan, pengalaman, kekecewaan, jatuh bangun semula, kesepian, dimenduakan..semuanya telah mengajar aku erti kematangan. jadi aku telah membuat sesuatu matlamat jangka panjang yang akan membawa aku jauh dari segala-gala memorial ni.InSyALLAH!!!

MATLAMAT JANGKA PANJANG

InSyALLAH umur 28tahun akan dijangka bekerja sebagai seorang yang mempunyai matlamat dan gaya hidup yang sendiri berpandukan pada ijazah aku (OPEN MARKET / EDUCATION)

Bermula dari 28tahun itu...dalam satu jangka pendek iaitu 5 tahun ke depan (28, 29, 30, 31, 32 yr) aku akan usahakan aset sendiri. Dalam pemikiran aku sepanjang 5 tahun itu aku akan cuba bangunkan satu studio jamming yang bertaraf 3star. Aku minat muzik..InSyALLAH..minat aku ni akan aku ketengahkan walau dulu lepas SPM aku nak amek Diploma Muzik (guitar).

AAM Studio Jam (Just About Music)

aku kenal sorang brother ni, dia cakap.."kalo nak buka studio..1st barang kena brand..kalo cikai-cikai, kepuasan pelanggan kurang".."2nd sound music..sound music kena perfect kau kena belajar nak setting music n sound la".."3th keharmonian dalam studio kau..kau kena tau organisasi barang kau".."4th minat..kalau kau minat..insyaallah Allah bagi jalan..kalo xminat..bisness entah kemana"..haaa..bila dengar brother tu ckp mcm ni..membuak2 hati aku..tapi taget aku 5 tahun kedepan bermula pada umur 28 tahun..aku taget dalam masa 2 tahun bermula operasi studio aku tu aku akan dapat balik modal dalam masa 2tahun. Mungkin dalam studio ni aku akan buat jual beli barang-barang bundle yang rare. 2bulan sekali aku akan terbang ke korea atau jepun..kerana disana lubang bundle sangat la mewah dan rare..hehehehe

selain itu, matlamat jangka panjang bermula dari umur 28 tahun..10 tahun kedepan aku mempunyai 1 bidang tanah yang diusahakan oleh aku sendiri. Aku pernah terfikir mempunyai satu bidang tanah dan asetnya kelapa sawit. Kelapa sawit ini memerlukan modal yang besar untuk usahakan. dimana kita perlu membeli anak benih kelapa sawit yang berkualiti, baja yang berkualiti serta sistem perparitan yang bagus untuk tumbesaran kelapa sawit. selain itu untuk membayar gaji pekerja yang mengait buah kelapa sawit. Market pada hari ini setahu aku 1tan bersamaan dengan rm500 gitu la..kalo xsilap la..kalo silap..aku kena belajar lagi la bab kelapa sawit ni.

selain itu, dalam tempoh 15 tahun bermula daripada 28tahun aku tu..aku cuba membuka sebuah kedai GYM and fitness center. Kalo ada lubang pembelian barang segala-galanya mudah dan kita tak tertipu. so ni salah satu minat aku jugak dan mempunyai matlamat yang besar dan bermodalkan besar. Bunyi macam orang kaya aku ni..tapi tak..itu semua usaha kita..aku berasal daripada keluarga yang susah bukan senang..


AaM GYM & Fitness

InSyALLAH ada usaha..ada minat..semuanya boleh berlaka..kalau orang tanya pasal KAHWIN?!!! perghhh soalan yang susah untuk dijawab. kalolah semua matlamat ini aku tercapai..akan ada orang pertikaiankan BILA KAU NAK KAWEN?? kalau dibilang dengan umur dengan matlamat aku ini 28 tahun hingga 15tahun kedepan..43 tahun dah umur aku..hahaha..memang xlaku la..disebabkan sibuk mengejar matlamat sampai terlupa pasal perkara yang wajib. Jadi..aku mengesyorkan bahawa perempuan yang ge pinang laki..kalaulah ada perempuan yang sanggup buat macam tu..perghhhh..gua respect beb!! mesti akan ada yang bertanya..kenapa kau xcari??dan aku akan jawap..segalanya mungkin!!




Saturday, November 22, 2014

Sibuk Itu Indah

perkara lama berulang kembali..dulu..ayat yang membuat aku rasa terasing..."xkan 24jam nak pegang hanset"..ayat ni masih segar diingatanku...walau agak lama..tetapi seperti baru bagi aku..dan sekarang "saya kerje ni"...ye aku faham..kerje memang la keje..xkan la tak de masa langsung untuk aku kan??yelah..mungkin keje die..dari pagi membawa ke pagi esoknya..dan seterusnya..kalau dulu xkeje alasanya "xkan nak pegang hp 24jam"..bila dah kerje..lain pulak alasannya..xpela..aku anggap sibuk itu indah..

kalau dgn SNHA ade masa yang kami tetapkan..dan kami pernah berkerje..ada masa aku sibuk..ada masa kami free..kalo dia sibuk..still ada juga perhubngan..kalo aku sibuk..still juga ada perhubungan..xpernah ditinggalkan sehari dua..boleh dkatakan tiap2 hari..kalau bergaduh pun..hnya sekejab shja....tapi sekarang..................................sibuk itu indah.....aku terbawak2 cara SNHA..mungkin dah sebati dengan aku dan peninggalan kesan yang amat2 dalam....kalau ditanyakan tentang sayang..mungkin perasaan tu hilang..kalau kenangan..xkan hilang selama2nya..

pernah terfikir untuk aku berjumpa bersembang bermesra seperti dulu..bergambar bersama..tapi itu semua jauh dari akal..mungkin hanya bertanyakan khabar keluarga sudah cukup untuk aku tersenyum dengan perkhabaran itu. aku suka cara macam tu..mengambil berat...bergurau..membuli..secara tidak langsung..aku akan tersenyum depan hp..itu pasal orang cakap..ada 2jenis orang sahaja yang tersenyum depan hp ni..1.orang yang tengah bercinta 2.orang tu memang orang gila..so..aku ni..berada pada tahap mana??mungkin yang ke3??hehehe..suka pulak aku..eshhh..kalo dulu..tulis dalam diari..sekarang blog..perghhh..baru rare..pape pun..aku syg diari aku dan dia....mungkin kalau ada masa aku akan edit photoshop DIARI AKU DAN DIA...hehehe...



jauh pandangan luas pengetahuan bertambah lagi pengalaman..
setiap lagu pasti ada kenangan..lagu yang membuatkan segala kenangan akan terukir seperti baru..


Sunday, April 13, 2014

Malam yang sedih

Allahu Rabbi..
Ku mohon ketetapan hati. keteguhan jiwa. kecekalan diri

untuk terus bersama jalan dakwah dan tarbiyyah ini
bersama jiwa-jiwa yang mengimani sepenuh diri apa yang mereka lakukan
walau dugaan datang bertubi-tubi tanpa belas. 
mengguris perasaan, seakan memusnahkan semua impian..

Allahu Rabbi..
Kerna ku yakin bahwa Engkau ada di sisi aku

maka kuatkanlah kaki ini untuk terus berjalan
tekadkan hati-hati aku untuk terus mencari dan menyuburkan jiwa-jiwa itu
dengan caraku. dengan apa yang aku fahami.
sepenuh jiwaku. seluas lautan cintaku hanya kernaMu

kerna jika untukMu maka aku tidak akan sekali pernah berhenti
dengan apa yang aku fahami. dengan cara yang aku imani.

moga semua ini hanya kernaMu ya Rabbi.
Hanya kernaMu~! 



*membaca tulisan dengan tingkah laku dan perbuatan itu membuat air mata bergenang. Sungguh, perit dan kecewanya hati ini dengan 'jalan' ini tidak mudah, bahkan jauh sekali dari kemudahan yang pernah ku angankan.
* Ya Rabb, thabbit qulubana a'la deenik wa a'la tho a'tik.. 

Rinduku Tanggungjawabku

rindu aku rindu...
pada setiap kemesraan tanggungjawab pada bahuku
menunjukkan kerjaku siapa aku..

rindu aku....
sungguh rinduku..
mengingatkan aku tentang siapa aku..
pada setiap hembusan nadi kata yang menusuk jauh ke dalam jiwa ragaku...
menyedarkan aku tentang erti kebahagiaan dan kesusahan yang sebenarnya..

rindu aku benar-benar rindu..
berdiri dia atas rindu rohku..






Pertemuan xDisangka

Hari sabtu..lepas aku training budak takraw di sekolah SMART tempat aku praktikal..aku bergegas ke Tanjung Malim..sebab kawan aku kawen..sewaktu perjalanan ke sana..geng2 kelas aku mesej utk berkumpul dimana..selepas dibagi tahu tempat mana mahu berkumpul...aku terus ke tempat tu..masa perjalan hanyalan 1jam dari teluk intan ke tanjung malim..sampai sahaja tempat berkumpul tu..kami pergi dengan menggunakan satu kereta sahaja..sampai sahaja tempat wedding kawan aku tu..xdisangka..ada seseorang yang pernah hadir dalam diari hati ku..xpela..buat biasa je la..aisyah namanya..nak kata mengulit kenangan tu..xde la pulak..mungkin masing2 cover kot..dalam pada tu..kawan aku ni mngusik kami berdua..

Nazrin : joy..kau xkenal ke yang berpurdah tu?
aku : kenal xkenal gak la...


bila aku cakap macam tu..habis semua gelak..adakah deme perli aku??aku memang sengaja kenakan aku??waktu sesi bergambar..hbs smua turut serta..ada la sorang budak kecil ni..xberbaju..xsempat nk snap gmbr dia..time tu..kawan aku ni..halau dia..dia beredar..pastu dia datang lagi dengan berjogek2nya depan kami..dalam mereka tengah gelakan budak tu..aku sempat lagi mengucap "astagfirullahaladzim..budak ni"..aisyah mendengar perkataan tu..lalu dia gelak dan aku memandanginya..ternyata..dari mata sepet dia tu..dia sedang terhibur..

barakAllah ya sahabat fie jannah..