“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: Kerana
hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai
agama,nescaya kamu akan selamat” . Walau bagaimanapun hiasilah dengan takwa dan
iman serta akhlak yang mulia ini kerana Allah sangat sayang kepada kaum yang
lemah hingga menjaga martabat seorang wanita. Manakan tangan yang menghayun
buaian mampu mengoncang dunia.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang
wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat
solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada
anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan
letih akan mendapat pahala jihad.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah
susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu
lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya
untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang
bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati
dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika
wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika
wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat
di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita
memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala
satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala
7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7
tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80
tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Selain itu, setitik air peluh wanita yang mengalir akibat kepanasan kerana bertudung demi menutupi auratnya dengan sempurna, maka ianya dikira sebagai pahala. Begitu sayangnya dan jaganya Allah terhadap kaum hawa.
"Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa seolah-olah mengalunkan firman Allah,'faman ya'mal mitsqala dzaratin khairan yarah wa man ya'mal mitsqala dzaratin syarran yarah'."

No comments:
Post a Comment