Tuesday, December 25, 2012

Aktiviti Ku

menganggur dah dekat tiga minggu kat Korea nie lepas habis final exam. keputusan pun dah dapat yang peliknye korean style nie len macam skek..tak tahu la..kalo kat Malaysia markah 82/100 tuw dah A kat sini B..pelik..85-89 B+....90-94 A....95-100 A+..perh..jenuh le nk dpt 95 tuw..A+..dasyat..tapi aku bersyukur..alhamdullilah..keputusan yang aku dapat aku redha..dan xda yang C+..hehehe


inilah keputusan aku..hehehe..dalam melihat keputusan ni..dan masa 3 minggu yang lama yang cadangannya nak bekerja sampai sekarang masih mencari aku telah melayan cerita OST "Runtun Qalbu"..memang terbaik la cerita nie..hanya satu hari shja selesai episod 1-13 (tamat)..walaupun kat Malaysia dah habis crta nie..dan aku tak tau crta nie ada..disebabkan boring terlampau..aku melayan cerita ni..nak dijadikan cerita..aku tak taw nk buat apa..kehidupan aku siang macam malam..malam macam siang sekarang ni..so..aku jamah slot zehra tv3 ni..mula-mula aku baca sinopsisnye dulu..memang best..bila dah habis tengok..memang memang best..hehehe..kepada sesiapa yang mahu menonton online boleh la ande klik disini.

http://www.flm2u.com/2012/10/runtun-qalbu.html


mesti tonton dan terbaik la sepanjang aku tak pernah tengok cerita drama zehra ni..ini lah 1st time aku tengok..hehehe

Wednesday, December 12, 2012

Rasa Hati Ini (12.12.12)


Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang. Oleh itu kaum ibu janganlah menjatuhkan air mata kerana anak akan merana. Pada masa yang sama anak jagalah perangai jangan sampai ibu jatuh air mata. Kepada kaum ibu menangislah kerana kejayaan anak bukan sedih kerana angkara anak.

kalau isteri ada perselisihan faham dengan suami sampai peringkat hendak bercerai.......lihatlah muka sang suami ketika dia tidur. Pada saat melihat suami tidur, tiba-tiba timbul perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai. Tetapi tapi jika tiada timbul rasa itu semua....... maksudnya jodoh sudah memang sampai ke penghujung.

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup. Contohnya seorang anak yang hendak berkahwin misalnya boleh pergi ke pusara ibu kita dan berkata “Mak, esok anak saya nak kahwin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kahwin ” atau “bapak, saya nak kahwin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira lihat saya ” Ustaz berkata, luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

Jika ibu kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah tiada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

Dan aku..jika aku memperolehi kejayaan dan pekerjaan yang baik..akan aku bawa ibu bapa aku untuk menunaikan umrah..jika Allah lebih sayangkan mereka lagi..akan aku hajikan mereka..ini adalah matlamat aku..bukan untuk menunjuk kemegahan..hanya niat yang baik terhadap ibu bapa..

Saturday, November 24, 2012

Freedom and Justice to Paletine

Peperangan di Palestine telah tertulis didalam ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi- Wallahu'alam, kerana terdapat bermcm2 version)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............



“Utsbut, Tsabatkallah” yang maknanya, “tetaplah di tempat itu..maka Allah menguatkanmu.” (sesungguhnya pertolongan Allah sentiasa ada untuk membantu..sejarah telah membuktikkan dalam Perang Badar..الله اكبر!!!!!!!!!!!

Thursday, November 15, 2012

Peristiwa Penting Dalam Bulan Muharam


  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Di samping itu pada 10 Muharam sahaja telah berlaku beberapa peristiwa :
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
"Ahlan Wahsahlan Ya Muharram"

Salam Maal Hijrah


Salam Ukhuwah Salam Hijrah, Terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan Muharam ini. Seperti kita tahu, doa awal tahun dan akhir tahun merupakan mutiara kita dalam kehidupan. Walaupun terdapat perbincangan dan kekhilafan tentang bacaan doa ini, namun selagi ia merupakan doa yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah, maka ianya adalah sesuatu yang baik untuk umat Islam. Hal ini adalah kerana doa merupakan sesuatu yang sepatutnya dijadikan amalan harian sama ada pada awal tahun, pertengahan tahun, hujung tahun atau pada bila-bila masa sahaja.
Oleh itu, saya ingin sharing is carring bahawa sewaktu Baginda berjumpa dengan Raja Iblis, bahawa Raja Iblis mengatakan “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Selepas itu, “Telah selamatlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
 

DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad). Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AKHIR TAHUN
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali 
kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” 


Friday, November 9, 2012

Insan Yang Bernama Wanita


“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat” . Walau bagaimanapun hiasilah dengan takwa dan iman serta akhlak yang mulia ini kerana Allah sangat sayang kepada kaum yang lemah hingga menjaga martabat seorang wanita. Manakan tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

 Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Selain itu, setitik air peluh wanita yang mengalir akibat kepanasan kerana bertudung demi menutupi auratnya dengan sempurna, maka ianya dikira sebagai pahala. Begitu sayangnya dan jaganya Allah terhadap kaum hawa. 


"Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa seolah-olah mengalunkan firman Allah,'faman ya'mal mitsqala dzaratin khairan yarah wa man ya'mal mitsqala dzaratin syarran yarah'."




Thursday, November 8, 2012

JODOH ITU RAHSIA ALLAH

Sekuat mana kita Setia,,,
Sehebat mana kita Merancang,,,
Selama mana kita Menunggu,

Sekeras mana kita Bersabar,,,
Sejujur mana kita Menerima dirinya..

Jika takdir Allah menentukan yang kita tidak berjodoh dengannya, Kita tidak akan bersama dengannya.

Namun jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya,Kita tetap akan bersama dengannya, walaupun kita dipisahkan oleh jarak dan tidak pernah komunikasi sebelumnya kerana pasti ada saja cara Allah untuk menemukan kita dengannya..

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmu_Nya.Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah ALLAH aturkan untuk kita.




setiap perasaan yang wujud pasti akan merasa bahagia dan duka