sebelah tudung hijau.
aku teruskan niat aku untuk cuba tahu siapakah dia dan asal dia. so aku akan tanya setiap orang dalam dewan itu nama,kos dan asal. hehehe so dapat le tahu nama dia walaupun terpaksa rounding ramai Nur Atiqah bt Abd Gani asal Sandakan Sabah kos BM. hmmm not bad. apadahal Pakcik aku pun boleh kahwin dengan orang sabah mengapa tidak aku? soal dalam hati aku. so aku teruskan untuk dapatkan fb dia. hehehe.. padahal no dah dapat. saje untuk sahkan.
just bagi wave dia balas Salam Pengakap!
so. kite teruskan jugak hasrat hati kita. aku ajak dia keluar untuk pertama kali. Alhamdllah dapat. dia nak belajo buat ikatan, apasalahnya kita buat ikatan yang sah terus. hehehehe... punchline pertama aku kat dia. just balas hahahahahaha. malu le tu.
mula2 dia nak ajak member.. tapi member tanak ikut.. hahahaha
hari berganti hari, memang kerab aku ws dia. yela. banyak masa free daripada sibukkan. aku mula suka pada dia mula terasa disentuh hati aku oleh dia. Selepas itu, meber aku ajak pergi kenduri kawan dia di kelantan, so sambil menyelam minum air, aku nak hiking kat gunung baling. Aku teruskan lagi niat aku pada atiqah. aku nak pinjam monopod. hahaha.. alasan jak tu, padahal mau jumpa. sebab aku dah mula rasa rindu. hati aku dah mula terbuka sedikit demi sedikit untuk dia.
try mono jap.. hehehe.. padahal nak bergambar dengan dia..
mula2 dia malu taw.. eleh.. poyo
Oscar Rover ada buat program ke gua tempurung. aku tidak terlintas sebenarnya dia akan pergi. bila sampai kat tempat tu, baru aku perasan ada dia.. hehehehe... rezeki. selesai caving aku nampak dia menuju ke bas, aku ikut dan aku ajak kawan aku, sebab aku nak tangkap gambar dengan dia, memang itu niat aku, aku dah mula rasa suka pada dia. so dia nak letak barang, aku pun acah2 amek barang padahal nak bergambar dengan dia, biasa le kita nak private, hehehe
malu2 miaw. aku try 2nd time gambar berdua kali ini perfect
ni gambar kedua, dia sendiri ajak aku kebetulan ramai kawan2 aku tengok
alahaii... dah terang2an dah ni. tapi aku lebih suka gambar yang pertama. aku sendiri pun tak tahu kenapa
aku siap tukar wallpaper tepon lagi..hahahaha.. betul2 try hard aku ni
aku cuba tahan hati aku ni untuk diberikan pada sesiapa sahaja. tapi dengan dia aku jadi tidak tahu kenapa. tepat waktu asar, macam biasa rutin aku akan ke masjid yang berdekatan dengan tempat kerja aku. kita manager sapa mau larang keluar.hahaha so aku keluar, selesai solat. aku mohon pada tuhan untuk kuatkan aku, beri tunjuk cinta terakhir aku
18/12/2017 bukan hal yang mudah untuk aku luahkan dengan kata2. dan aku cuba.
Tuhan merestuinya
19.12.2017 tarikh keramat untuk aku bercinta sekali lagi dan aku tersangat22222 berharap inilah cinta terakhir aku. dan aku berkata secara terus terang dan jujur "aku harap aku tidak salah bagi hati aku disaat hati aku terluka dahulu angkara setia aku" tempat pertama kami dating. empangan KKB...
gambar ni merupakan isyarat tangan dia pada aku
macam la kita x belajar psikologi tubuh badan manusia..hahaha..
gambar ni aku jadikan timeline fb sampai sekarang.
aku kaki jalan dan dia ikutkan sahaja. sebab aku nak quality time bersama. aku dan tentu sibuk dengan tugas aku. bila aku balik tangjung malim, aku akan quality time bersama2. so aku bawak dia jalan ke Kuala Kangsar-Pasir Salak-Teluk Intan-tg malim
selesai quality time bersama
dia ada bagi 1 gambar dan gambar itu aku jadikan wallpaper ws sampai sekarang. gambar dia pegang bunga dan sebentuk cincin
masih setia dengan wallpaper ini
mungkin ini pengharapan terakhir aku

