Monday, December 1, 2014

Indahnya Bersederhana


Pernah sekali dan sekali lagi terasa ‘ditegur’ oleh Dia.
Astaghfirullah, aku leka!
Perkongsian seterusnya ini untuk renungan bersama.

----------
Terlalu mewar-warkan kebahagiaan sendiri juga adalah
pintu kepada ujian-ujian.
Tanpa sedar kita seolah berbangga diri.
Kita terlupa, sebenarnya bahagia itu bukan sebab kita, tapi Dia.

Kadang-kadang, kita terlalu teruja bercerita
tentang kebahagiaan dan kejayaan kepada umum.
Malahan diulang berkali-kali.
Yang mendengar mungkin terluka.
Yang membaca mungkin terasa;
Eh, macam menunjuk-nunjuk pula...
Riaknya dia...
Angkuhnya...
Muak pula baca...

Bukan tidak boleh mewar-warkan
kebahagiaan dan kejayaan diri sendiri.
Tapi berpada-padalah.
Tak perlu beritahu sampai orang jelik.
Pun tidak perlu sorok sampai orang langsung tidak tahu.

Ingat, kebahagiaan dan kejayaan yang dirasai dan dikecapi
nilainya bukan percuma.
Tetapi menyusul kemudiannya ujian, dugaan dan rintangan.

Cukuplah kebahagiaan mahupun kesedihan
kita simpan untuk diri sendiri.
Tidak semua yang melihat dan membaca, menyenanginya.
Sebelum post sesuatu, fikir apa tujuan kita dan apa reaksi yang lain.

Sabda Baginda yang bermaksud:
"Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar?
Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Jika perlu MARAH, marahlah,
tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR

Jika perlu MENANGIS, menangislah,
tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG

Jika perlu PATUH, patuhlah,
tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN

Jika mahu MISKIN, miskinlah,
tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR

Jika mahu KAYA, kayalah,
tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya,
tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah,
selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah,
asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah,
asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT

----------
*Hidup kita biarlah bersederhana..Biarlah kita berendah diri..Cukuplah kebahagiaan di kongsi bersama.. Biarlah kesedihan kita simpan untuk diri sendir*