sudah aku katakan..semuanya akan berlaku..tak perlu kata apa-apa..cuma aku nasihatkan pada diri aku..berhati-hati dalam memilih..sekali kita terlajak dalam memilih sukar untuk kita patah balik..ada setengah orang anggap pilihan yang tepat merupakan pilihan yang muktamad..tapi bagi aku..pilihan aku..masih belum puas dihati..yelah..manusia..tak kan lari dari kepuasan..indahnya dapat kembali 5 tahun dulu..tapi itu semuanya tentang pilihan kita..jika kita pandai buat pilihan dalam kehidupan dan bijak dalam merebut peluang..itu merupakan harapan yang paling bermakna..
kadang-kadang masa yang memisahkan kita antara jarak pertemuan..jika Allah tu berikan masa pada aku..aku lebih rela memilih masa dahulu..kerana..dahulu..terlalu banyak mengajar aku erti hidup..erti bahagia..erti sayang dan erti kasih serta tanggungjawab..tapi..itu tidak akan bermakna..
jika di tanyakan tentang cinta..aku lebih suka cinta yang dulu..terlalu banyak benda yang disimpan dan di kenangan kan..hingga saat ini..bila di tanyakan balik pada sang cinta dulu itu..dia ingin kembali tapi bukan saat ini..kerana sang cinta itu percaya aku adalah pemimpinnya..kerana pisah dengan cara pemilihan yang salah..tapi..apa kurangnya dengan cinta sekarang..walaupun sang cinta ini melihat dari sudut yang berbeza tapi kadang-kadang membuatkan aku letih dan semput..hinggakan keputusan yang terbaik aku buat..hanya mampu diam daripada berkata..hanya mampu pendam daripada meluah..
jika di tanyakan tentang benci..terlalu banyak perkara yang aku bencikan..termasuk la diri ku..sampai satu tahap..aku terasa bukan diri aku yang buat sesuatu yang bukan aku inginkan..semoga segala kebencian aku ini dapat aku pilih menjadi sesuatu yang bermakna yang akan datang ini..
sikap pemaaf...aku memang mudah untuk memaafkan orang tapi sukar untuk aku lupakan..sering kali bermain di fikiran aku..apa yang boleh aku buat..hanyalah memilih jalan pendam..pendam bukan bererti dendam..kerana aku memilih untuk mengajar sesuatu yang baik daripada yang terbaik..yelah..sedangkan aku sendiri cuba untuk yang terbaik..
hidup single memang seronok..sangat-sangat..aku pernah merasainya..2 tahun hidup single lepas sang cinta dahulu memilih jalan nya..apa boleh buat..jalan aku seperti biasa hanya pendam..pernah suatu ketika dahulu..sang cinta monyek aku dahulu..dia telah memilih jalan yang sama juga..dan akhirnya..bila di buat suatu jalan (novel)cerita tentang aku dan dia (100% realiti)..dia menangis "ajoy...kenapa kita harus berpisah"..ni lah ayat yang terakhir aku dapat baca mesejnya sebelum dia melanjutkan pelajarannya kedalam bidang yang lebih tinggi lagi..akibat aku memilih jalan pendam perasaan..aku biarkan..
kalau dipilih sambung belajar..sama ada luar atau dalam negara..aku akan pilih luar negara..sebab..aku lebih suka mengembara..sambil melihat dunia Allah..umat Rasullallah..walaupun usianya menghampiri tua..aku tetap akan memilih jalan yang terbaik untuk aku..
kalau di tanyakan tentang kahwin..ramai sudah kawan-kawan aku yang sudah kahwin..bahagia..ada juga pernah terlanjur dengan orang lain dan kahwin dengan orang lain..macam-macam aku dengar..mungkin bagi aku..sukar untuk memilih..jika jodoh sudah sampai..apa aku boleh buat..tapi aku pohon pada Allah..biarlah aku lepaskan niat aku dahulu untuk bawak mak&ayah aku ge umrah..walaupun nilai dia besar pada masa akan datang..itu sahaja cara yang terbaik untuk aku balas kegembiraan mereka..bersama keluarga dihadapan Khaabah..Allah..indahnya...
kalau di tanyakan tentang mati..semua orang akan merasainya..aku banyak baca buku tentang sakaratul maut..Allah..seramnya..kita tak tau..bila kita akan dijemput..semoga Allah terima taubat aku..kalau Allah nak tarik nyawa aku sekali pun..biarlah aku bagi kegembiraan pada mak&ayah ku..terlalu banyak perngorbanan mereka terhadap aku..Allah..tolonglah jaga mak&ayah aku..
malam yang baik untuk aku luahkan perasaan pada lagu.........................(MEMILIH)
