Sakitnya hati! Orang yg kita cintai telah berlaku curang
dalam diam. Paling teruk, ada yg melakukannya terang-terangan di depan mata!
Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami
sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yg
telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda!
Hidup Terkongkong
Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal
ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan
dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya.
Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih
berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia
memulainya dengan rajin berbohong.
Rasa Marah
Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang
kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri
pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika
itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan
mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan
kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok,
berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan
diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan.
Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan
fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.
Rasa Rendah Diri
Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa
rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih
kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier
berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2
sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan
pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia
cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin
beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di
waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil
langkah terburu2 dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya
berbanding anda!
Sering Berjauhan
Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di
universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali
sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia
asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2
atau mungkin bertahun lamanya. Sudah
pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari
pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin
sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!
Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang
Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan
kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat
anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan
diabaikan. Oleh itu, dia tergamak
mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya
dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.
Komunikasi Yang Hambar
Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi
hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan
komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi
menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti
berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta.
Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk
dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg
dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak
dan berkongsi idea dan pendapat.
Landasan Hubungan Yang Rapuh
Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh
seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan
hendak main2 atau cuba2 saja dengan
anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg
cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia
rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa
berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg
benar2 membuat dia jatuh cinta!
Merasa Tidak Dihargai
Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti
hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan
tidak membalas, tapi perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan
dihargai, egonya terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk.
Biasanya dia akan “membalas” dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti
berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa
diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.
Mahu Lebih Bahagia
Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi
dia akan mencari pengganti lain untuk
mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas.
Sikap Yang Mengada-ngada
Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu.
Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah
kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus
mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai
berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput
dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin
muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.
Hubungan Terlalu Rutin
Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat
menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan.
Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat
makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari
aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya.
Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat
memecahkan kebosanan dalam perhubungan.
Sikap Playboy!
Ahh…si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy
sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai
penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang
bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan
berlaku curang kepada anda.
Ada Orang Tidak Puas
Hati
Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa
sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan
perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan
anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan
kecurangan!

